Kesihatan Pele makin pulih

PELE
PELE
A
A
A

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele menunjukkan tanda-tanda semakin pulih hasil rawatan jangkitan pernafasan.

Menurut laporan Xinhua, Pele dimasukkan ke hospital Albert Einstein di Sao Paulo akhir bulan lalu untuk menerima rawatan akibat jangkitan pernafasan serta melakukan penilaian semula kemoterapi.

"Masih tidak dibenarkan keluar, pesakit terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih," menurut kenyataan dikeluarkan pihak hospital dan ditandatangani oleh tiga doktor.

Pele yang kini menjangkau usia 82 tahun merupakan satu-satunya pemain yang menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dengan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan dengan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.

Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu menjalani pembedahan bagi membuang tumor pada tahun lepas.

Pele membuat hantaran di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memaklumkan kepada peminat tentang kesihatannya semasa beliau menonton Piala Dunia.

"Saya kuat, dan saya menjalani rawatan seperti biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan kejururawatan atas penjagaan yang saya terima," menurut hantarannya minggu lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: