'Tiada kompromi terhadap pemandu, syarikat lori cuai'

Tangkap layar video insiden kemalangan lori di Gerik pada Isnin.
Tangkap layar video insiden kemalangan lori di Gerik pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya mengambil tindakan segera berhubung kecuaian pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden kemalangan di Gerik, Perak.

Ujar beliau, permit operasi syarikat lori berkenaan turut digantung sementara bagi audit ke atas semua lori mereka.

“Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalan raya.

“Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga.

“Saya telah mengarahkan JPJ dan APAD untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat tersebut,” katanya dalam di Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, tular sebuah video insiden kemalangan yang berpunca akibat tindakan cuai pemandu lori.

Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam kemalangan itu dengan muatan lori tersebut terjatuh ke atas jalan raya.

Menurut laporan media, insiden berkenaan turut meragut nyawa seorang bayi dalam kandungan yang berusia 34 minggu, manakala mangsa wanita pula cedera parah.

Artikel Berkaitan: