Nelayan ditahan miliki dadah

Nelayan yang ditahan dan dadah dirampas.
Nelayan yang ditahan dan dadah dirampas.
A
A
A

LANGKAWI - Polis menahan seorang nelayan tempatan dan merampas beberapa paket dadah di Jalan Kampung Bukit Malut di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Langkawi pada jam 12.15 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui satu beg silang berzip berwarna merah hitam serta dadah jenis heroin dan syabu.

"Turut ditemui enam paket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 197.47 gram serta empat paket plastik lut sinar dan satu keratan tiub straw berisi dadah jenis syabu, yang dianggarkan seberat 36.39 gram," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Shariman berkata, pihak polis merampas semua barang bukti terbabit dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: