Didenda RM1,000 tumbuk kawan

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menumbuk kawannya, dalam kejadian Febuari tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Ropha Arifin, 35, dari Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, di sini, turut berdepan hukuman sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas dia mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Muhammad Shahril Wan Yusoff, di tepi jalan hadapan PSM Gong Badak, Kuala Nerus, kira-kira jam 3.30 petang, pada 11 Febuari 2018.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa memandu kereta secara tiba-tiba dihampiri suspek yang terus menumbuk di kepalanya sebanyak empat kali tanpa diketahui sebab musabab.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan sakit di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan: