Pengajian tahfiz, pondok bakal ada silibus menyeluruh

Mohd Ali (tengah) bersama Abdullah Zamsari (kiri) dan Sheikh Abd Raof pada majlis itu.
Mohd Ali (tengah) bersama Abdullah Zamsari (kiri) dan Sheikh Abd Raof pada majlis itu.
A
A
A

SEREMBAN - Institusi pengajian yang bernaung di bawah Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok (Pinta) di negeri ini dijangka akan melaksanakan silibus pendidikan baharu secara menyeluruh bermula tahun hadapan.

Pengerusi Pinta Negeri Sembilan, Mohd Ali Abdul Kadir berkata, ia selaras dengan dasar pendidikan institusi tahfiz dan pondok yang dirangka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Secara umumnya, silibus yang ada sekarang biasanya kami serahkan kepada pusat pengajian berkenaan berikutan terdapat manhaj masing-masing, malah ia dalam perhatian kami dan lebih kurang sama sahaja.

"Bagaimanapun,Nkita sudah rangka satu silibus menyeluruh yang dipanggil dasar pendidikan sekolah swasta di Negeri Sembilan khususnya bagi institusi tahfiz dan pondok," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Pinta Negeri Sembilan Kali Pertama di sini, pada Isnin.

Majlis Istiadat Konvokesyen Pinta yang julung kali diadakan itu menyaksikan seramai 325 graduan berumur 15 tahun ke atas berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh sijil berkaitan tahfiz al-Quran.

Selain itu, Anugerah Tokoh Tahfiz Negeri Sembilan telah dianugerahkan kepada Pengetua Maahad Tahfiz Fathur Rahman Gadong Kota, Abdullah Zamsari Mohammad.

Manakala Anugerah Tokoh Pondok Negeri Sembilan diberikan kepada Pengerusi Pndok Tampin Sheikh Abd Raof Nurin Al-Bahanji.

Ujarnya, silibus berkenaan sudah lengkap dan sepatutnya dibentangkan November lalu, namun ada beberapa perkara masih dalam penelitian JHEAINS.

Artikel Berkaitan:

Kemungkinan tahun hadapan silibus baharu ini akan dilaksanakan,malah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu tujuh wakil daripada Pinta bersama pihak JHEAINS dan wakil universiti menghadiri bengkel untuk persediaan silibus berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali turut berkeyakinan penyelarasan silibus baharu itu dilihat dapat memperkasakan institusi pengajian tahfiz dan pondok.

"Usaha ini supaya kita tidak ketinggalan dari sudut pendidikan, terutama bagi tahfiz dan pondok yang agak lemah (silibus) dapat kita bantu secara menyeluruh dan seragam.

"Kita juga menyasarkan 500 pelajar berjaya menamatkan pengajian dan berjaya memperoleh sijil khatam Al-Quran, khatam kitab dan syahadah al-Quran dalam tempoh lima tahun lagi," katanya.