'Pelantikan timbalan menteri mengecewakan' - Pemuda Gerakan

Chia Zhen
Chia Zhen
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) menyifatkan pelantikan timbalan menteri amat mengecewakan kerana bertentangan dengan aspirasi ingin dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebuah kerajaan berkaliber.

Menurut pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen, Perdana Menteri seringkali menyebut tentang pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri bukan sebagai ganjaran ke atas sokongan terhadap beliau tetapi atas komitmen ke atas 'tata kelola' dan nilai murni yang lain.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, seorang adik kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, seorang lagi adik kepada Pengerusi Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Tolong beritahu saya apakah kelayakan kedua-dua pihak ini dan tolong buktikan ini bukan satu bentuk ganjaran," desak Chia Zhen dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Chia Zhen berkata, Perikatan Nasional mengambil pendirian yang tidak selari dengan Pakatan Harapan (PH).

"Bagi saya, kami di Perikatan Nasional memainkan peranan sebagai pembangkang dalam soal semak dan imbang (check and balance).

"Seboleh-bolehnya saya tidak akan komen pasal PH 'sembang' tentang manifesto yang tidak munasabah dengan kepercayaan kerja berpolitik telah tamat, sudah sampai masa kita membina negara bersama-sama.

"Tetapi dengan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Anwar sebagai Perdana Menteri, kami ingin melihat langkah-langkah yang diambil sejurus dengan agenda reformasi dan niat yang ingin membawa negara ke landasan yang betul," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, pelantikan menteri dan timbalan menteri amat penting kerana melalui penempatan itu ia memberi signal tentang hala tuju yang ingin diambil.

"Malangnya, saya cuma nampak permainan sama di gelanggang yang lain. Cakap tidak serupa bikin," tambahnya.