'Psikologi Neymar hancur'

Neymar (duduk, tengah) menangis setelah Brazil gagal mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
Neymar (duduk, tengah) menangis setelah Brazil gagal mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Neymar menyifatkan kekalahan kepada Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 sebagai amat menyakitkan dalam hidupnya.

Neymar merasakan 'psikologinya sudah hancur' setelah Brazil tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Croatia.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi dengan hebat apabila menyamai rekod jaringan Pele yang mencatatkan 77 gol untuk Selecao pada Sabtu lalu yang beraksi dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan.

Neymar bagaimanapun tidak mengambil sepakan penalti ketika aksi penentuan yang dimenangi Croatia 4-2 untuk mara ke separuh akhir.

Susulan kegagalan itu, Brazil perlu menunggu empat tahun lagi untuk memenangi Piala Dunia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002.

"Psikologi saya hancur. Ia kekalahan yang paling menyakitkan menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan. Saya menangis tanpa dapat berhenti.

"Ia akan menyakitkan untuk satu tempoh yang sangat lama," tulis Neymar dalam mesej di Instagram.

Sejurus selepas Brazil tersingkir, Neymar memberi bayangan dia mungkin tidak lagi bermain perlawanan terakhir buat negaranya, namun Pele menggesanya untuk 'terus memberi inspirasi kepada kami'

Artikel Berkaitan:

Bekas pemain berusia 82 tahun dalam Instagramnya berharap, penyerang itu akan terus bermain sambil pencapaian menjaringkan gol tidak sama dengan penghormatan mewakili Brazil.

"Anda dan seperti yang saya tahu, tiada perasaan dapat digambarkan dengan jumlah lebih besar daripada rasa gembira mewakili negara.

"Saya berumur 82 tahun dan selepas sekian lama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam beberapa cara untuk pergi sejauh ini.

"Legasi anda masih jauh dari penamat," ujar Pele.