Telegram Pengarah Kesihatan Johor digodam

Akaun Telegram milik Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam oleh scammer. - Gambar hiasan
Akaun Telegram milik Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam oleh scammer. - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Akaun Telegram milik Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu digodam oleh scammer.

Aman berkata, perkara itu disedari selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut mengatakan beliau mahu meminjam wang.

"Mohon kemaafan untuk semua yang mengenali saya, sila abaikan permintaan daripada akaun Telegram saya yang mengatakan mahu meminjam wang.

"Dimaklumkan bahawa akaun Telegram saya telah digodam. Harap maaf dan maklum," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi milik jabatan tersebut turut memaklumkan perkara berkenaan.

"Segala WhatsApp ataupun mesej dalam Telegram yang menyamar sebagai yang berhormat Dato' Dr Aman Rabu yang meminta duit daripada pelbagai individu adalah palsu dan merupakan scammer yang menyamar sebagai beliau.

"Mohon semua yang mesej itu supaya jangan terpedaya," menurut kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan: