Ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar lucah bekas kekasih

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan pada Jumaat kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas pihak polis menerima laporan daripada pihak mangsa.

"Suspek direman empat hari bermula Sabtu sehingga 13 Disember," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: