Polis tahan lelaki bersama 81 peket heroin

Sebahagian bungkusan dipercayai berisi dadah dalam bungkusan ditemui bersama suspek di sebuah kebun kelapa sawit di Hutan Melintang.
Sebahagian bungkusan dipercayai berisi dadah dalam bungkusan ditemui bersama suspek di sebuah kebun kelapa sawit di Hutan Melintang.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki ditahan bersama 81 peket disyaki dadah jenis heroin di sebuah kebun kelapa sawit di Lorong Kamatchi Batu 9, Hutan Melintang, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, tangkapan tersebut dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dalam operasi di kawasan tersebut.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek yang berusia 38 tahun itu sedang memegang sebungkus plastik berwarna hitam mengandungi peket-peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin seberat 184.97 gram dan satu peket plastik lut sinar berisi dadah jenis methamphetamine seberat 0.86 gram.

"Tangkapan yang dilakukan di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

"Kita percaya dadah yang dirampas itu untuk dipasarkan sekitar Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Marzukhi berkata, nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan RM7,580 manakala jumlah keseluruhan sitaan termasuk sebuah motosikal yang digunakan suspek sebanyak RM13,580.

Sementara itu, hasil saringan ujian urin mendapati suspek turut positif methamphetamine.

Artikel Berkaitan: