Anwar mahu fokus kempen PRK Sandakan

Fuziah (kanan) memberi ucapan alu-aluan.
A
A

KUANTAN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu turun dan fokus kempen PRK Sandakan yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Beliau yang juga Adun Port Dickson itu berkata, dalam usaha menebus kekalahan PH sebanyak tiga kali berturut-turut di PRK Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau, beliau perlu memberi lebih fokus dan turun padang untuk membantu kempen calon PH di sana.

Menurutnya, kekalahan calon PH, Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kelmarin menjadi referendum trend pengundi, terutama dalam kalangan Melayu sukar dijangka.

"PRK Sandakan tidak lama lagi, saya pun ada berbincang dengan pemimpin DAP dan di Sandakan, suasananya berbeza dan saya yakin DAP tidak ada masalah untuk mempertahankan kerusi itu.

"Sepanjang tujuh PRK selepas PRU kita (PH) menang empat, BN tiga. Saya akan turun ke Sandakan untuk pastikan kita menang 5-3,” katanya.

Ketibaan Anwar kira kira jam 9 malam disambut lebih 500 hadirin yang ingin bertemu pemimpin tertinggi PKR itu secara lebih dekat.
Ketibaan Anwar kira kira jam 9 malam disambut lebih 500 hadirin yang ingin bertemu pemimpin tertinggi PKR itu secara lebih dekat.

Beliau berkata demikian kepada lebih 500 hadirin dalam program Town Hall Moh Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Sri Manja Indera Mahkota di sini, malam tadi.

PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Terdahulu, Anwar turut merasmikan Pejabat PKR Pahang di Jalan Teluk Sisek.

Hadir sama, Pengerusi PKR negeri yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Keputusan PRK Rantau menyaksikan Dr Streram yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau memperoleh 5,887 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini memangku jawatan Presiden UMNO yang mendapat 10,397 undi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia