Pil bunuh janin dijual kepada pelajar sekolah

No Image Caption
A
A
A

SEPERTI 'kalis' undang-undang, aktiviti penjualan pil gugur kandungan melalui laman sosial semakin berleluasa dan sangat membimbangkan.

Taip sahaja 'pil gugur janin' atau 'pil gugur kandungan' pasti berderu keluar senarai nama akaun FB yang menjualnya, bahkan ada iklan yang secara terang-terangan disertai testimoni.

Penjual pula menggunakan bahasa indah memujuk betapa mudahnya urusan pembelian ubat terlarang itu! Namun begitu menyedihkan kerana penjualan ubat itu tidak terhad kepada sesiapapun termasuk pelajar sekolah.

Jika dulu kegiatan penjualan pil gugur kandungan didalangi oleh segelintir klinik swasta, namun aktiviti 'haram' itu kini semakin menjadi-jadi apabila ia dijual secara berleluasa oleh kumpulan sindiket menerusi laman-laman sosial.

Hasil tinjauan wartawan Sinar Siasat mendapati, pelbagai jenis pil itu boleh dibeli dengan bebas oleh sesiapa sahaja dalam talian seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp tanpa perlu berjumpa dengan si penjual.

Begitu sadis dan kegiatan itu berjaya kami dedahkan dalam Sinar Siasat minggu ini. Ikuti laporan penuh dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: