Enam sekeluarga cemas, kediaman dilanda tanah runtuh

Tanah runtuh berkenaan jatuh mengenai dua buah rumah. - Foto JBPM Selangor
Tanah runtuh berkenaan jatuh mengenai dua buah rumah. - Foto JBPM Selangor
A
A
A

AMPANG - Penduduk di Taman Halaman berdepan detik cemas apabila sebahagian cerun yang runtuh di belakang rumah mereka mengenai dua buah kediaman di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Ampang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang.

"Berlaku runtuhan tebing berukuran 2.78 meter persegi (m²) x 4.64 m² dan telah mengenai bahagian belakang dua buah rumah.

Kesemua enam mangsa tidak mengalami kecederaan dan dinasihatkan untuk mengosongkan kediaman mereka. - Foto JBPM Selangor
Kesemua enam mangsa tidak mengalami kecederaan dan dinasihatkan untuk mengosongkan kediaman mereka. - Foto JBPM Selangor

"Sebuah rumah berkenaan dihuni oleh enam sekeluarga warga tempatan manakala sebuah lagi adalah rumah kosong," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, kesemua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an, tiga kanak-kanak, dan seorang warga emas tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kesemua mangsa dinasihatkan untuk mengosongkan premis buat sementara waktu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Pihak bomba akan terus membuat pemantauan di lokasi kejadian," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: