Warisan kemuka cadangan kepada Anthony Loke

Datuk Loretto Padua
Datuk Loretto Padua
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Parti Warisan (Warisan) memohon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew supaya mempertimbangkan dua cadangan yang dikemukakan bagi meringankan beban rakyat di Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Loretto Padua berkata, cadangan pertama ialah menyemak semula kadar cukai jalan ke atas kenderaan di Sabah agar setimpal dengan keadaan jalan raya di Sabah yang teruk dan kebanyakannya tidak diselengara dengan baik.

"Cadangan kedua ialah pemberian subsidi 'one off' sebanyak 20 peratus terhadap alat ganti kereta yang berkaitan dengan jalan raya seperti 'suspension', 'spring' dan 'mounting' untuk kenderaan berkuasa 2.5cc ke bawah di negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ia seiring dengan nada 'agenda rakyat' di mana kedua-dua entiti ini iaitu Warisan dan Pakatan Harapan (PH) dilihat membawa agenda yang sama.

"Saya berharap agar Anthony Loke akan mempertimbangkan untuk memberi kelegaan segera kepada rakyat Sabah terutamanya yang berada di kawasan pedalaman yang sedang dihimpit dengan masalah infrastruktur yang begitu teruk sekali.

"Saya berharap Anthony Loke akan memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas cadangan yang dikemukakan untuk meringankan beban yang sedang dipikul rakyat Sabah," katanya.

Beliau dalam pada itu berharap cadangan yang dikemukakan dapat diserap dalam Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan sekali lagi oleh Kerajaan Perpaduan.

"Selain itu, tempoh penguatkuasaan cadangan-cadangan ini bolehlah dihadkan kepada dua tahun iaitu 2023-2024.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga bersedia untuk bertemu dengan Anthony Loke bila-bila masa sahaja untuk

membincangkan perkara ini kerana ini adalah isu yang cukup kritikal bagi rakyat Sabah khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman," katanya.