'Kematian adalah lumrah kehidupan'

Nasser Al Khater
Nasser Al Khater
A
A
A

KETUA Eksekutif Piala Dunia Qatar 2022, Nasser Al Khater menyifatkan kematian adalah lumrah kehidupan selepas dia ditanya berhubung laporan seorang pekerja asing meninggal dunia baru-baru ini.

Pada Khamis, Athletic melaporkan seorang lelaki Filipina yang dikatakan berusia awal 40-an meninggal dunia ketika bertugas di kem latihan pasukan Arab Saudi ketika aksi peringkat kumpulan.

Ditanya oleh BBC, Nasser menjelaskan, kematian adalah sebahagian lumrah dalam kehidupan sambil mempersoalkan mengapa pihak media telah bertanya kepadanya tentang kejadian itu.

“Kami sedang melangsungkan Piala Dunia, kami menjayakan Piala Dunia Qatar dan ini adalah sesuatu yang anda mahu bincangkan sekarang?

“Maksud saya, kematian adalah lumrah kehidupan, sama ada di tempat kerja atau ketika anda tidur.

“Ya seorang pekerja telah meninggal dunia, takziah buat kepada keluarganya. Tetapi agak pelik kerana sesuatu yang anda (media) ingin fokuskan sebagai soalan pertama yang anda ajukan," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Nasser yang menyifatkan 'kematian adalah lumrah kehidupan sama ada di tempat kerja atau ketika tidur' itu mendapat kritikan beberapa pihak khususnya kumpulan hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan insiden kematian tersebut yang melibatkan seorang pekerja.

Artikel Berkaitan:

“FIFA menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang berlaku dan bersimpati dengan keluarga mangsa," kata jurucakap FIFA kepada CNN.