FIFA denda Croatia penyokong persenda penjaga gol Kanada

 Milan Borjan -Foto: AFP
 Milan Borjan -Foto: AFP
A
A
A
CROATIA didenda Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara tindakan penyokongnya mempersendakan penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar baru-baru ini.

Dilahirkan di Knin di Croatia, Borjan ialah etnik Serb yang melarikan diri ke Belgrade pada 1995 semasa 'Operation Storm' - perjuangan Croatia dalam perang kemerdekaannya.

Borjan kemudian berpindah ke Kanada dan mewakili negara itu di peringkat antarabangsa, walaupun menghabiskan sebahagian besar kariernya di kelab Serbia, menurut dpa.

Borjan menyifatkan tindakan penyokong Croatia itu sebagai "primitif" dan FIFA mengumumkan pihaknya akan memulakan siasatan.

FIFA kemudian memutuskan mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Croatia sebanyak 50,000 franc Swiss (kira-kira RM234,000).
Artikel Berkaitan:


Pada perlawanan itu Croatia menang 4-1 ke atas Kanada. - Bernama