Calon timbalan menteri dimuktamad dalam masa terdekat: PM

Anwar ketika mempengurusikan mesyuarat kabinet pada Rabu.
Anwar ketika mempengurusikan mesyuarat kabinet pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon-calon timbalan menteri bagi setiap kementerian akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perkara tersebut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran selepas mesyuarat kabinet pada Rabu.

Barisan menteri yang menghadiri Mesyuarat Kabinet pada Rabu. Foto: Facebook Anwar
Barisan menteri yang menghadiri Mesyuarat Kabinet pada Rabu. Foto: Facebook Anwar

"Alhamdulillah, mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.

"Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin.

"Insya-ALLAH calon-calon timbalan menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, proses perbincangan bagi pelantikan timbalan menteri di setiap kementerian telah mula dilakukan dengan Anwar akan menentukan portfolio yang dirasakan sesuai sebelum dibawa ke Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk diperkenankan.