Pemilik bas didenda RM700 culas bayar kompaun

No Image Caption
A
A
A

KUALA LANGAT - Tindakan seorang pemilik syarikat pengangkutan berusia 50-an, tidak menjelaskan tunggakan 29 kompaun Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membawa padah apabila dia didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pada Rabu.

Tertuduh yang dikenakan waran tangkap pada 14 November lalu itu, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairul Fahri Yusob.

Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan penjara.

Dia yang tidak diwakili peguam juga, telah membayar sebahagian tunggakan kompaun tersebut, sebanyak RM1,200.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah meletakkan kenderaan berat iaitu bas di bahu jalan di kawasan perumahan Taman Yayasan Jenjarom, tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil 7(1), Undang-Undang Kecil Taman Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2005.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan media di Facebook, MPKL mengingatkan bahawa, kenderaan berat dilarang untuk diletakkan di kawasan perumahan.

Artikel Berkaitan:

Ini boleh MPKL berkata, ia boleh mengakibatkan kemalangan dan merosakkan jalan raya.