Azalina mula langkah asing kuasa Peguam Negara, pendakwa raya

Azalina bersama pegawai AGC membincangkan pelaksanaan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya.
Azalina bersama pegawai AGC membincangkan pelaksanaan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memulakan langkah pertama dalam usaha melakukan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina berkata, pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diketuai Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh telah diadakan pada Selasa bagi berbincang perkara itu.

"Berikutan perbincangan ini, AGC akan menyediakan satu kertas pelan pengubahsuaian jabatan itu.

"Saya harap ia akan membuahkan hasil," katanya pada Rabu.

Sebelum ini, kerajaan mengkaji implikasi kepada cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya meskipun banyak negara lain termasuk negara Komanwel telah melakukannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika itu berkata, sebanyak 19 undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi tujuan tersebut.

Artikel Berkaitan: