Belanda perlu kekang Messi

De Jong (kanan) percaya Belanda perlu menghentikan Messi bagi mengelakkan pemain itu meleburkan hasrat pasukannya mara lebih jauh.
De Jong (kanan) percaya Belanda perlu menghentikan Messi bagi mengelakkan pemain itu meleburkan hasrat pasukannya mara lebih jauh.
A
A
A

PEMAIN tengah Belanda, Frenkie de Jong mengakui tidak mempunyai cara khusus untuk mengekang bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi menjelang perhitungan dengan Argentina dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.

Menurutnya, pasukan Belanda perlu menghalang Messi dengan apa jua cara bagi mengelakkan pemain itu menghalang kemaraan skuad The Oranje.

"Tidak. Saya kenal Messi, tetapi saya tidak tahu cara untuk menghentikannya. Dia telah melakukan perbezaan untuk pasukan sejak 15 tahun lalu dan tiada cara khusus untuk menghalangnya.

"Kadang-kadang dia juga menunjukkan kualiti dimilikinya dalam sesi latihan. Kami perlu menghalangnya sebagai satu pasukan," katanya.

De Jong yang menyertai Barcelona sejak 2019 sempat bermain bersama Messi dan menjulang Piala Copa del Rey pada tahun 2020-2021.

Messi ketika ini berada pada tahap terbaik dan telah meledak tiga gol dalam saingan Piala Dunia kali ini selain menjadi tunjang utama skuad The Albicelestes itu.

Dalam pada itu, de Jong juga tidak rela pasukannya mengulangi kekalahan kepada Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia pada 2014.

"Argentina sudah tentu sebuah pasukan yang kuat. Kami juga begitu. Ia akan menjadi sebuah perlawanan yang hebat dan saya yakin kami akan dapat keputusan positif.

Artikel Berkaitan:

"Peluang sebelum perlawanan bermula sudah tentu 50-50 dan mereka (Argentina) juga tidak memandang rendah kami," katanya.