Mbappe perlu diberi perhatian khusus

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

NAIB juara Euro 2020, England mempunyai perancangan khas khususnya terhadap nadi Perancis, Kylian Mbappe apabila kedua-dua pasukan itu bakal berentap di pentas lapan terbaik di Stadium Al Bayt pada Ahad.

Selain itu, ketua kejurulatihan England, Tim Dittmer juga sedang memperincikan beberapa perkara penting sebagaimana pengendali Perancis, Didier Deschamps dan pilihan taktikal berdepan penyandang juara itu.

Malah tanpa berselindung penolong pengendali England, Steve Holland menyifatkan pertemuan The Three Lions dan Les Bleus merupakan perlawanan 50-50.

“Ya, sememangnya persoalan bagaimana menangani Mbappe telah merangka sebahagian besar pemikiran Gareth Southgate sepanjang minggu ini.

“Situasi sekarang mengimbau kembali tugasan mengekang kelincahan Lionel Messi menjelang perlawanan Chelsea menentang Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara 2011/12.

“Saya rasa terdapat segelintir pemain di planet ini yang perlu perhatian khusus terutama apabila memasuki perlawanan kelompok lapan terbaik

“Sama seperti Messi, anda perlu meletakkan Mbappe dalam kategori seperti itu. Kita perlu melihat pada usaha mengelak daripada meninggalkan diri kita dalam situasi dia sangat dahsyat seperti yang kita semua lihat. Kami perlu mencuba dan mencari jalan untuk mengelak perkara itu,” kata pembantu Southgate tersebut.

Untuk rekod, Mbappe yang juga mesin gol kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) telah menjaringkan sembilan gol Piala Dunia dengan lima daripadanya datang dari Qatar 2022.

Artikel Berkaitan:

Sementara empat lagi dijelmakan semasa edisi Rusia 2018 sebelum ini ketika Perancis menjulang trofi keramat bola sepak dunia tersebut di Rusia.

Pada masa sama Holland percaya para pemain The Three Lions itu mampu menghadirkan ancaman kepada bahagian pertahanan Les Bleus yang mempunyai rekod baik dalam saingan kumpulan sebelum ini.

“Pemain kami berkemungkinan besar boleh menyebabkan masalah Perancis seperti ancaman Mbappe kepada kami.

“Jadi bagi perlawanan ini kami juga perlu mencari keseimbangan bagi menghasilkan keputusan positif,” jelasnya.