Mekanik maut dihempap Hilux

Keadaan Toyota Hilux yang terbabas dan terbalik ketika menuruni bukit. (Gambar dalam : Mangsa tersepit di bawah Toyota Hilux yang terbalik.)
Keadaan Toyota Hilux yang terbabas dan terbalik ketika menuruni bukit. (Gambar dalam : Mangsa tersepit di bawah Toyota Hilux yang terbalik.)
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang mekanik maut selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas dan terbalik sebelum menghempapnya di Jalan Ladang Chiku 2 pada Selasa.

Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang itu meragut nyawa Noor Asmawi Mat@Mohd Nor, 37, akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux hilang kawalan semasa menuruni bukit.

“Kenderaan terbabit kemudiannya terbalik ke arah kanan dan menghempap mangsa.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: