Mbappe hilang...?

Kylian Mbappe -Foto: AFP
Kylian Mbappe -Foto: AFP
A
A
A

KEM penyandang juara Perancis kecoh apabila penyerang sensasi Les Bleus, Kylian Mbappe hilang daripada sesi latihan pasukan pada Selasa.

Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) berkata, ketika kejadian para pemain Perancis bersiap sedia untuk latihan menentang England.

“Kylian Mbappe akan berada di bilik pemulihan, kebiasaannya dua hari selepas perlawanan,” kata FFF.

Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol ketika juara bertahan itu menewaskan Poland 3-1 pada pusingan 16 terbaik.

Gol tersebut menjadikan jumlah jaringan peribadinya kepada lima gol di Qatar 2022 dan sembilan gol secara keseluruhan di Piala Dunia.

Perancis akan berdepan England dalam aksi suku akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Ahad.

Artikel Berkaitan: