Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Abdul Aziz

Bekas Ahli Parlimen Muar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, yang meninggal dunia hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Muar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, yang meninggal dunia hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Muar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan itu.



Abdul Aziz, 90, yang dilahirkan di Muar pada 27 Oktober 1932, meninggal dunia pada 9.50 pagi tadi di sini.

Allahyarham yang merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar selama sepenggal dari 1995 hingga 1999.

Allahyarham juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama pada 1965. - Bernama.
Artikel Berkaitan: