Mahu cabar Trump

Trump (kanan) memecat Bolton yang menjadi penasihat keselamatan ketiga di bawah pentadbiran beliau pada September 2019. - Foto Agensi
Trump (kanan) memecat Bolton yang menjadi penasihat keselamatan ketiga di bawah pentadbiran beliau pada September 2019. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Penasihat Keselamatan Negara Donald Trump mengumumkan beliau mempertimbangkan untuk melancarkan pencalonan sebagai presiden pada 2024 bagi mencabar bilionair hartanah tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan John Bolton menerusi program Meet The Press Now yang disiarkan NBC News pada Isnin.

"Satu perkara yang mendorong saya untuk bertanding ialah untuk menjelaskan kepada rakyat negara ini bahawa Trump tidak boleh diterima sebagai calon Parti Republikan (GOP)," katanya.

Bolton, 74, yang pernah berkhidmat selama lebih setahun di bawah pentadbiran Trump, 76, berpendapat tindakannya yang mencabar Perlembagaan sebagai tidak wajar sebagai rakyat Amerika setelah Presiden ke-45 AS mencadangkan undang-undang tertinggi dihapuskan jika mahu menempatkannya semula di Rumah Putih.

Bolton yang menjadi pengkritik lantang Trump sejak beliau disingkirkan daripada jawatan itu pada September 2019 menyifatkan deklarasi Trump sebagai ancaman yang wujud kepada negara tersebut.

Trump membuat cadangan kontroversi tersebut menerusi perkongsian di media sosial beliau pada Sabtu setelah beliau dikritik banyak pihak kerana menyebarkan berita palsu tentang penipuan undi sejak kekalahannya kepada Presiden Joe Biden pada 2020.

"Sentimen disuarakan beliau bukan sahaja salah malah tidak melayakkannya untuk bertanding jawatan tertinggi negara," tegasnya.

Bolton turut menggesa pemimpin GOP supaya mengecam kenyataan Trump yang ketika ini menjadi calon tunggal mengumumkan pencalonan pada Pilihan Raya Presiden AS 2024.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pentadbiran Biden berpendapat 'serangan' terhadap Perlembagaan sewajarnya dikutuk secara universal setelah kebanyakan pemimpin terkenal GOP menolak untuk mengulas secara terbuka tentang perkara tersebut. - Agensi