Potong gaji, tender terbuka bina keyakinan terhadap kerajaan

Rais Hussin
Rais Hussin
A
A
A
KUALA LUMPUR - Beberapa keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin hanyalah permulaan ke arah meletakkan semula Malaysia pada trajektori ekonomi dan sosial yang betul, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research Datuk Dr Rais Hussin.

Beliau berkata, lebih banyak inisiatif dan tindakan akan diambil untuk terus membina semula Malaysia oleh kerajaan selepas ini.

"Potongan gaji, tiada gaji untuk diri beliau, tender terbuka dan lain-lain sudah tentu akan membantu membina semula keyakinan serta kepercayaan terhadap kerajaan,” katanya ketika menjadi tetamu program The Brief di Bernama TV pada Selasa.

Rais juga berkata, pengalaman luas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pelbagai kementerian boleh menjadi aset dalam menguruskan negara semasa trajektori yang sukar ini.

Katanya Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, boleh menggunakan kemahiran dan pengalaman beliau sebagai pemimpin kedua tertinggi negara untuk membantu Anwar membawa negara ke tahap berbeza. - Bernama.
Artikel Berkaitan: