Presiden Mesir ucap tahniah kepada PM Anwar

Abdel Fattah Al Sisi
Abdel Fattah Al Sisi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berharap dapat memperdalam hubungan dua hala antara Mesir dan Malaysia.

Kedua-dua negara kita telah menyaksikan peluang kerjasama dalam pelbagai peringkat merangkumi politik dan ekonomi.

"Saya berhasrat menyaksikan lebih banyak kerjasama di masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala Mesir dan Malaysia dan di forum antarabangsa yang dianggotai kedua-dua negara,” kata beliau dalam perutusan tahniah yang disampaikan menerusi Kedutaan Mesir di sini.

Al Sisi turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar dan semoga berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab baharu, terutamanya ketika dunia sedang mendepani pelbagai cabaran getir.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November.

Dalam perutusan sama, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry turut mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas pelantikan beliau sebagai Menteri Luar.

Beliau berharap dapat menyaksikan lebih banyak kerjasama dan penyelarasan di peringkat dua hala dan dalam pelbagai forum antarabangsa untuk manfaat bersama.

Artikel Berkaitan:

Zambry adalah antara 25 menteri kabinet baharu yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu. - Bernama