Tiga 'Superman' dicekup

Antara aksi-aksi 'Superman' yang sempat dirakam. - Foto JSPT Kuala Lumpur.
Antara aksi-aksi 'Superman' yang sempat dirakam. - Foto JSPT Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keseronokan tiga remaja membuat aksi berbahaya, 'Superman' selain menunggang motosikal secara melulu berakhir apabila kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), di sini pada Ahad.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan, operasi mingguan itu dijalankan bermula jam 9 malam Sabtu sehingga 4 pagi di beberapa laluan utama sekitar ibu negara.

"Unit Operasi JSPT Kuala Lumpur membuat tangkapan terhadap tiga penunggang motosikal berumur lingkungan 15 hingga 19 tahun.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain," menurut satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada masa sama, JSPT Kuala Lumpur berkata, dalam operasi sama, polis turut menahan seorang lagi remaja lelaki kerana memakai nombor pendaftaran palsu pada motosikal jenis Modenas Dinamik yang ditunggangnya.

Remaja 18 tahun ditahan kerana memakai nombor pendaftaran palsu pada motosikal ditunggangnya. - Foto JSPT Kuala Lumpur.
Remaja 18 tahun ditahan kerana memakai nombor pendaftaran palsu pada motosikal ditunggangnya. - Foto JSPT Kuala Lumpur.

"Seorang lelaki berumur 18 tahun telah ditangkap di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (AKK) 1955 atas kesalahan memalsukan nombor pendaftaran," katanya.

Artikel Berkaitan: