Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini pada Selasa.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

A
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini pada Selasa.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi.

"Setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit.

"Pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ibu mangsa dan operasi tamat pada 8.20 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: