Croatia idam tumbangkan Brazil

Pemain Croatia meraikan kejayaan selepas layak ke peringkat suku akhir.
Pemain Croatia meraikan kejayaan selepas layak ke peringkat suku akhir.
A
A
A

PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan pasukannya tidak hanya mahu berhenti di peringkat suku akhir dalam aksi Piala Dunia Qatar 2022.

Menurutnya, Croatia akan menjanjikan persembahan lebih baik untuk mencipta sejarah mara lebih jauh sekali gus cuba menumbangkan Brazil di pusingan suku akhir.

"Generasi ini adalah generasi yang tabah dan tidak berputus asa. Mereka mencerminkan semangat rakyat Croatia yang telah melalui begitu banyak kesakitan.

Pasukan kebangsaan Croatia membawa begitu banyak kebanggaan dan kegembiraan kepada rakyat. Kami memberi mereka kepercayaan pada hari esok yang lebih baik.

"Kami generasi baharu pemain bola sepak Croatia. Ini adalah peluang untuk mencipta sejarah," katanya.

Croatia mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan tamat.

Skuad dengan gelaran Vatreni itu dijadualkan menentang Brazil pada aksi suku akhir pada Jumaat.

Dalam pada itu, bintang Croatia, Nikola Vlasic menyifatkan Jepun telah memberikan perlawanan yang sukar namun menegaskan pasukannya layak untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Mereka memberi kami perlawanan yang sukar, tetapi kami tahu perkara itu akan berlaku, bukan kebetulan mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol.

"Kami mempunyai lebih banyak peluang dan saya rasa kami berhak untuk menang," katanya.