Anwar mulakan tugas Menteri Kewangan

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Perbendaharaan Kementerian Kewangan bagi menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Beliau yang tiba pada jam 7.57 pagi disambut oleh pegawai kanan dan kakitangan kementerian.

Beliau kemudiannya dijadual menghadiri taklimat tertutup kementerian.

Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November lepas.

Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan meliputi dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri kabinet.

Saifudddin Nasution mula tugas secara rasmi

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini pada jam 9.25 pagi bagi memulakan tugas pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau tiba di pekarangan pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) sambil disambut ketua jabatan, pegawai kanan dan kakitangan kementerian berkenaan.

Saifuddin memulakan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri selepas acara simbolik mengimbas wajah di mesin perakam kedatangan sekitar jam 9.30 pagi.