Longkang monsun atasi banjir kilat

Sallehudin (dua dari kanan) menunjukkan longkang monsun yang sebelum ini mendapat bantahan penduduk sebelum ini.
Sallehudin (dua dari kanan) menunjukkan longkang monsun yang sebelum ini mendapat bantahan penduduk sebelum ini.
A
A
A

KUNDANG - Pembinaan longkang monsun di Bandar Baru Kundang berfungsi sebagai tempat 'simpanan sementara' takungan hujan seterusnya menyelesaikan banjir kilat di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

ADUN Kuang, Sallehudin Amirudin berkata, projek itu yang dahulunya dibantah penduduk menjadi penyelamat di kawasan yang disenarai zon banjir kilat.

Menurutnya, projek tersebut tetap diteruskan selepas mendengar penjelasan teknikal oleh pemaju berhubung kaedah penyelesaian saliran di kawasan tersebut.

"Saya beberapa kali dipanggil oleh penduduk yang membantah pembinaan longkang monsun ini disebabkan bimbang banjir kilat akan menjadi lebih buruk kerana aliran air dari Kundang Estet akan menyebabkan limpahan lebih besar berlaku di kawasan itu.

"Namun terbukti pembinaan longkang monsun ini berfungsi sebagai takungan sementara setiap kali hujan lebat susulan sungai sedia ada di paras maksimum tidak mampu menampung aliran air dari kawasan rumah berhampiran," katanya.

Longkang ditutup dan dijadikan kawasan pejalan kaki.
Longkang ditutup dan dijadikan kawasan pejalan kaki.

Beliau berkata, projek longkang monsun itu dianggap memadai bagi menyelesaikan banjir kilat di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

"Cuma saya meminta jasa baik pemaju supaya konsep longkang terbuka itu diubah suai kepada mesra pengguna menjadi laluan pejalan kaki dan landskapnya ditambah baik dengan penanaman pokok di sepanjang jalan itu bagi menjadikan kawasan itu lebih menarik dan cantik," katanya.