Beberapa kawasan di JB, Pasir Gudang mula dinaiki air

Beberapa kenderaan terkandas di jejantas bandar Seri Alam, Lebuhraya Pasir Gudang berikutan banjir kilat yang berlaku pada Isnin. - Foto: Media sosial
Beberapa kenderaan terkandas di jejantas bandar Seri Alam, Lebuhraya Pasir Gudang berikutan banjir kilat yang berlaku pada Isnin. - Foto: Media sosial
A
A
A

JOHOR BAHRU - Beberapa kawasan di Johor Bahru dan Pasir Gudang mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak jam 12 tengah hari pada Isnin.

Antara lokasi yang terlibat adalah Lebuhraya Pasir Gudang di Seri Alam, Jalan Tampoi, Kampung Kurnia, Kampung Ubi dan Jalan Masai Lama.

Menerusi beberapa video dan gambar yang dikongsi di laman sosial memperlihatkan keadaan terjejas teruk di lokasi dilanda banjir kilat.

Turut kelihatan beberapa kenderaan terkandas dan ada juga memberhentikan kenderaan di bahu jalan yang lebih tinggi berikutan air deras.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan Mohd Yusri Atan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian banjir kilat di jejantas bandar Seri Alam pada jam 1.53 tengah hari.

"Tiada mangsa yang terlibat, anggota membuat pemantauan di lokasi dan memastikan keadaan selamat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu menerusi kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, terdapat empat buah rumah di Kampung Ubi Tampoi terjejas akibat dinaiki air pada jam 2.35 petang.

Angggota Pertahanan Awam membuat pemantauan di rumah penduduk Kampung Ubi Tampoi yang dinaiki air- Foto APM Johor
Angggota Pertahanan Awam membuat pemantauan di rumah penduduk Kampung Ubi Tampoi yang dinaiki air- Foto APM Johor

Artikel Berkaitan:

Pihak APM juga sedang membuat pemantauan secara berterusan di kawasan terbabit yang dinaiki air setinggi 0.6 meter itu akibat hujan lebat berterusan lebih sejam selain saluran perparitan dipercayai tersumbat.

Sinar Harian difahamkan sehingga kini masih tiada pusat pemindahan dibuka.