PRU15: Zahid dijangka berkongsi pentas PH

Ceramah Mega Ayuh Malaysia bukan sahaja dihadiri pimpinan utama PH malah pemimpin BN dan UMNO dijangka turut memeriahkan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai pada Isnin malam.
Ceramah Mega Ayuh Malaysia bukan sahaja dihadiri pimpinan utama PH malah pemimpin BN dan UMNO dijangka turut memeriahkan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai pada Isnin malam.
A
A
A

PADANG SERAI - Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berkongsi pentas Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Ceramah Mega Ayuh Malaysia di sini pada Isnin malam.

Penampilan Timbalan Perdana Menteri itu adalah kemunculan pertama pemimpin UMNO tersebut dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai yang akan berakhir pada Selasa memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 7 Disember, Rabu ini sebagai hari pengundian.

Tindakan itu juga bertujuan memberi penjelasan kepada pengundi setelah pembentukan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN yang terbentuk di peringkat Persekutuan.

Pentas sama dijangka akan turut disertai Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ceramah bertemakan Kerajaan Perpaduan Untuk Semua bermula jam 9 malam di Padang Awam Kampung Tunku Putra, Kelang Lama itu turut akan dibarisi beberapa pimpinan utama parti lain.

Antaranya, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Presiden Amanah, Muhammad Sabu.

PRU15 Parlimen Padang Serai ditunda berikutan kematian calon PH, M Karupaiya yang meninggal dunia tiga hari sebelum hari pengundian.

i.

Artikel Berkaitan: