Beri peluang kabinet Kerajaan Perpaduan buktikan kemampuan

Kabinet Anwar Ibrahim yang diumumkan pada Jumaat.
Kabinet Anwar Ibrahim yang diumumkan pada Jumaat.
A
A
A

BARISAN kabinet Kerajaan Perpaduan secara rasminya akan memulakan tugas di kementerian masing-masing bermula hari ini.

Sudah pasti, tumpuan kerajaan selepas ini adalah untuk membentuk semula negara selepas mengalami beberapa siri ketidakstabilan politik, ekonomi dan sebagainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rakyat mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin maju dan terkehadapan, seiring perkembangan semasa dalam masa lima tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan dilihat menggalas tanggungjawab berat untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Namun sebagai seorang yang berpengalaman menguruskan kewangan negara sebelum ini, Anwar diyakini mampu mengukuhkan ekonomi dan membawa Malaysia ke landasan yang tepat.

Selain itu beberapa menteri yang menjadi ‘serangan’ dan buah mulut orang ramai perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuan menerajui kementerian masing-masing.

Benar, kita semua mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri, namun sebagai rakyat yang menghormati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, kita seharusnya memberi peluang kepada barisan jemaah menteri mengemudi kerajaan.

Seperti bait lirik lagu patriotik bertajuk Setia:

Artikel Berkaitan:

Rela berkorban apa saja, amanah bangsa tetap dijaga,

Kami berikrar penuh setia untuk agama, bangsa dan negara

Diharapkan barisan pimpinan Kerajaan Perpaduan mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia di mata dunia seterusnya menjadikan iai setanding negara maju yang lain.