IPD Machang, Tanah Merah terima Ketua Polis baharu

Mohd Adli (kanan) menerima serah terima tugas daripada Mohamad Zahir (kiri) disaksikan oleh Muhamad Zaki (tengah) di IPD Machang.
Mohd Adli (kanan) menerima serah terima tugas daripada Mohamad Zahir (kiri) disaksikan oleh Muhamad Zaki (tengah) di IPD Machang.
A
A
A

KOTA BHARU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang dan Tanah Merah masing-masing menerima Ketua Polis baharu berkuat kuasa Khamis lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

"Untuk makluman Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang baharu ialah Superintanden Mohd Haki Hasbullah yang menggantikan Superintanden Wan Zulfikri Wan Othman.

"IPD Machang pula menyaksikan penyandang jawatan itu sebelum ini Deputi Superintanden Mohamad Zahir Abdullah digantikan oleh Superintanden Mohd Adli Mat Daud," katanya.

Muhamad Zaki (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Wan Zulfikri (kiri) dengan Mohd Haki di IPD Tanah Merah.
Muhamad Zaki (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Wan Zulfikri (kiri) dengan Mohd Haki di IPD Tanah Merah.

Beliau memberitahu, kedua-dua Ketua Polis baharu itu diharap dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Ujarnya, ia sejajar dengan komitmen tinggi dan amanah yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi pasukan.

Artikel Berkaitan: