'Ada lelaki menyamar sebagai saya' - DJ Dave

DJ Dave
DJ Dave
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyanyi veteran, Datuk DJ Dave membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki menggunakan gambarnya sebagai profil dalam aplikasi WhatsApp untuk tujuan meminjam wang.

Beliau berkata, lebih 100 panggilan telefon diterima daripada kenalan yang menyatakan hampir ditipu dengan sindiket penipuan tersebut.

"Saya ingin memberitahu ada seorang lelaki yang menyamar sebagai saya dengan menggunakan gambar profil WhatsApp kononnya untuk meminjam wang. Diminta berhati-hati.

"Saya sudah membuat laporan polis mengenai isu tersebut. Saya harap kes seperti ini tidak berlaku kepada orang lain," katanya.

DJ Dave menegaskan beliau tidak terlibat dan sekiranya masih ada yang menerima hantaran WhatsApp diminta menghubunginya atau pengurus dengan segera.

Dalam pada itu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengakui terkejut dan tidak menyangka perkara sebegitu terjadi pada dirinya.

"Sebelum ini, saya ada dengar daripada rakan-rakan mengenai 'scammer' ini tetapi tidak sangka terjadi pada diri saya.

"Saya juga terkejut kerana gambar yang digunakan sememangnya gambar profil saya. Jadi, saya terus tukar kepada gambar lain," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: