Lelaki Nepal direman kes bunuh dua rakan senegara

Laporan Sinar Harian berkenaan dua lelaki Nepal ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan pada muka.
Laporan Sinar Harian berkenaan dua lelaki Nepal ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan pada muka.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian dua lelaki senegara yang ditemukan dengan kesan kecederaan hentakan pada muka di sebuah rumah kedai di Jalan Haruan 4/7 Taman Perindustrian Oakland pada Sabtu.

Lelaki berusia 37 tahun itu direman bermula 4 Disember hingga 10 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Nur Haryatie Mohd Saini di Mahkamah Khad Reman Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis masih menyiasat punca kejadian.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua lelaki warga Nepal ditemukan dengan kesan kecederaan hentakan pada muka di sebuah rumah kedai di Jalan Haruan 4/7 Taman Perindustrian Oakland pada jam 6.25 petang.

Mayat mangsa berusia 35 dan 46 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan muka berlumuran darah di premis terbabit yang dijadikan kantin pekerja

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa dipukul menggunakan penukul dan senjata berkenaan turut ditemui di lokasi.

Seorang lagi lelaki warga Nepal berusia 37 tahun turut ditemui berada di lokasi dan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu bagaimanapun tidak alami sebarang kecederaan, namun dalam keadaan pengaruh alkohol.