Program Penghijauan Malaysia

A
A
A

Kakitangan Avisena Healthcare melakukan kerja-kerja penanaman pokok sempena Program Penghijauan Malaysia anjuran Avisena Healthcare semalam.

Sebanyak 80 anak pokok yang terdiri daripada pelbagai spesis balak antaranya pokok Tualang, Merawan Siput Jantan, Kapur, Meranti Temak Nipis dan Kelat Jambu Laut ditanam di sekitar Taman Eko Rimba Sungai Sendat di sini.

Program tanggungjawab sosial korporat itu merupakan anjuran Avisena Healthcare Sdn Bhd (Avisena) dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor selaras dengan usaha kerajaan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dilancarkan bermula dari 2021 sehingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Elina Nadia Omar berkata, pemilihan Taman Eko Rimba Sungai Sendat dibuat kerana ia merupakan kawasan tarikan eko pelancongan yang berpotensi untuk dikunjungi oleh pelancong selain kawasannya yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan