Kanak-kanak tiga tahun alami sindrom rambut 'pacak'

Aurora mengalami rambut 'pacak' sejak berusia setahun. - Foto Agensi
Aurora mengalami rambut 'pacak' sejak berusia setahun. - Foto Agensi
A
A
A

OHIO - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami sindrom rambut tidak boleh disikat seperti biasa seperti mana orang lain atau istilah lain iaitu rambut 'pacak'.

Portal Mirror melaporkan Ali McMillin dari Dayton, Amerika Syarikat (AS) mengetahui rambut Aurora sentiasa menegak sejak anaknya berusia setahun.

Bagaimanapun pada Januari 2022, Aurora secara rasmi disahkan menghidap sindrom rambut tidak boleh disikat iaitu keadaan dicirikan rambut kerinting dan tidak boleh disikat rata.

Walaupun McMillin 'menyukai' keunikan rambut anaknya itu, dia sering dikritik dan digelar ibu-bapa 'tidak bertanggungjawab' menjaga kekemasan Aurora.

"Saya berharap orang ramai faham bahawa jika saya basuh atau sikat, rambut Aurora tidak boleh disikat rapat bawah

"Sebenarnya begitulah rupanya jika ia disikat," kata suri rumah itu sambil menambah dia pernah menangis apabila melihat komen yang menyatakan mereka tidak pandai menguruskan anak.

Tambahnya, keluarganya bimbang jika anaknya itu dibuli kanak-kanak lain kerana mempunyai rambut unik selain reda menerima penyakit itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: