Azman cabar Rafizi jelaskan prinsip parti

Azman (depan; tengah) ditemui media ketika berkempen di gelanggang bola keranjang di pekan Lunas, Kulim pada Sabtu.
Azman (depan; tengah) ditemui media ketika berkempen di gelanggang bola keranjang di pekan Lunas, Kulim pada Sabtu.
A
A
A

PADANG SERAI - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dicabar menjelaskan pegangan prinsip parti kerana kini dilihat semakin menyimpang jauh dari landasan sebenar.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berkata, Rafizi dan pemimpin PKR lain perlu memberi penjelasan dan menyatakan prinsip mereka, memandangkan kini ianya dilihat hanyalah sekadar retorik semata-mata demi mendapatkan kuasa.

Beliau yang juga ADUN Lunas mendakwa, pemimpin PKR yang melaungkan perjuangan parti menentang rasuah selama ini bagaimanapun dilihat menikus ketika berada di hadapan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita cabar Rafizi dan ahli pemimpin PKR lain menyatakan prinsip PKR sendiri bahawa mereka menentang rasuah, jangan kerana jawatan, tembolok dan kuasa sanggup mengenepikan semua prinsip.

"Saya tahu mereka tidak berani..tak seperti pemimpin PKR yang telah keluar parti, kita berani menegakkan prinsip yang sebenar sebab itu kita tinggalkan PKR hanya sebab semua ini retorik," dakwanya.

Beliau ditemui media ketika hadir berkempen ke gelanggang bola keranjang di pekan Lunas di sini pada Sabtu.

Dakwa Azman, Rafizi yang sebelum ini secara lantang mendedahkan dan menentang amalan rasuah dilihat tidak lagi relevan dengan prinsip yang dipegang selama ini.

"Ada disebut pada awal kempen dalam ucapannya, dia (Rafizi) adalah orang pertama yang akan menentang kepada sebarang keputusan melantik pemimpin yang ada salah laku rasuah sekiranya dilantik sebagai menteri kabinet atau Timbalan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap kalau mai Padang Serai jangan menipu lagi, buat kenyataan yang betul," katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai berikutan kematian calon M Karupaiya yang meninggal dunia pada 16 November iaitu tiga hari sebelum PRU15.

SPR menetapkan 7 Disember sebagai hari mengundi dan 3 Disember sebagai hari pengundian awal Parlimen Padang Serai.