Polis giat kesan suspek kes bunuh

Polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang berhubung penemuan mayat lelaki pada 29 November lalu.
Polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang berhubung penemuan mayat lelaki pada 29 November lalu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Polis sedang giat mengesan suspek kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dalam semak di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang di sini pada 29 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menggerakkan anggota untuk menjalankan operasi di sekitar lokasi kejadian termasuk menggunakan bantuan dari Bukit Aman.

"Secara teknikal, kita juga sedang mencari senjata disyaki digunakan dalam pembunuhan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ramli berkata, polis masih menjalankan siasatan terperinci dan motif sebenar kejadian tersebut.

"Siasatan masih dijalankan selepas kejadian itu dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

"Mayat mangsa yang berusia 40-an itu dipercayai merupakan warga Indonesia," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seorang lelaki yang sedang mencari kain rentang berkaitan penjualan tanah terkejut apabila menemui mayat lelaki di kawasan semak di Lorong Cempaka Kampung Sungai Kajang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toriman Marsaid, 66, menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap.

Artikel Berkaitan:

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).