Jerman perlu tumpu pemain bola sepak generasi baharu

Hansi Flick - Foto EPA
Hansi Flick - Foto EPA
A
A
A

JERMAN memiliki kualiti untuk menjadi kuasa dominan semula, namun satu perkara yang hilang ketika ini ialah kekuatan dalam bertahan pasukan ketika memenangi empat Piala Dunia, kata pengendali Hansi Flick selepas tersingkir dari edisi Qatar 2022.

Jerman memenangi perlawanan fasa kumpulan pertama di Qatar apabila melakar kemenangan huru-hara 4-2 ke atas Costa Rica di Stadium Al Bayt.

Namun kejutan Jepun 2-1 terhadap Sepanyol menyaksikan anak buah Flick mengakhiri cabaran ketiga dengan perbezaan gol, tersingkir dari kejohanan pada pusingan pertama - sama seperti edisi Rusia 2018.

Apabila ditanya apa yang Jerman perlu dipertimbangkan untuk kembali dalam kalangan elit dunia, Flick berkata, Jerman perlu mengambil pengalaman Sepanyol yang membina pasukan muda dengan asas taktikal yang kukuh.

Kami mempunyai pemain dengan kelab terbaik dan kami mempunyai kualiti. Untuk masa depan bola sepak Jerman, kami perlu berlatih secara berbeza.

"Selama bertahun-tahun kami bercakap tentang penjaga gol dan pemain sayap baharu... tetapi apa yang selalu bagus ialah kami bertahan dengan baik. Kami memerlukan asas (untuk menjadi betul).

"Sepanyol bijak dalam melatih pemain muda, mereka tahu taktikal mereka dengan baik. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami perlu memberi tumpuan kepada pemain bola sepak generasi baharu," kata Flick.

Jerman yang hanya menjaringkan dua gol sebelum perlawanan akhir Kumpulan E, namun Flick tidak mahu mencari alasan, sebaliknya mengakui salah satu sebab mereka tersingkir awal adalah kekurangan kecekapan di hadapan gawang.

Artikel Berkaitan: