Lagi kejadian tanah runtuh di Seremban

Bahagian hadapan sebuah rumah di Taman Sri Anggerik, Rantau turut runtuh dalam kejadian itu. - Foto JBPM NS
Bahagian hadapan sebuah rumah di Taman Sri Anggerik, Rantau turut runtuh dalam kejadian itu. - Foto JBPM NS
A
A
A

SEREMBAN - Bahagian hadapan sebuah rumah di Taman Sri Anggerik, Rantau di sini runtuh berikutan berlaku runtuhan tanah dekat tebing sungai berhampiran kediaman itu pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 3.51 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau diarahkan ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan berlaku tanah runtuh di perumahan berkenaan, ia mengakibatkan bahagian hadapan sebuah rumah teres runtuh dan beberapa rumah di situ berisiko.

Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. - Foto JBPM NS
Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. - Foto JBPM NS

"Tindakan anggota membuat pemeriksaan dan menasihati penghuni rumah untuk berpindah di penempatan sementara," katanya pada Jumaat.

Jelas kenyataan itu lagi, insiden itu di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana kejadian pertama berlaku pada 11 November lalu jam 9.23 malam melibatkan runtuhan bahagian tebing sungai.

Sebelum ini, kejadian seumpama itu turut dilaporkan berlaku di Taman Bukit Berlian, Lobak dekat sini pada awal pagi Khamis, bagaimanapun ia tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan:

Insiden itu menyebabkan tiga buah kereta menggelongsor dan terjatuh ke dalam cerun sedalam kira-kira 10 meter.