'Malapetaka' buat Jerman: Mueller

Mueller d berasa sangat perit tersingkir awal pada saingan Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
Mueller d berasa sangat perit tersingkir awal pada saingan Piala Dunia Qatar 2022. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN sensasi, Thomas Mueller menganggap penyingkiran Jerman seawal peringkat kumpulan bagi dua edisi Piala Dunia berturut-turut sebagai 'malapetaka sebenar.'

Jerman berjaya membenam Costa Rica 4-2, namun kekalahan 1-2 Sepanyol kepada Jepun menyaksikan juara empat kali itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan E di tangga ketiga.

Sepanyol dan Jerman berkongsi empat mata, namun kedudukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.

Keputusan itu menyaksikan Jepun yang muncul juara kumpulan akan menentang finalis 2018, Croatia di pusingan 16 terbaik manakala Sepanyol bertemu Maghribi.

"Sangat memeritkan buat kami kerana keputusan ini sepatutnya sudah cukup (layak ke pusingan seterusnya).

"Kami rasa tidak berdaya," ujar Mueller.

Pemain veteran itu merupakan anggota pasukan yang memenangi Piala Dunia 2014 dan turut berada dalam skuad yang tersingkir awal empat tahun lalu di Rusia pada 2018.

Artikel Berkaitan: