Rumah ditembak individu tidak dikenali

Sebuah rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi Khamis.
Sebuah rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak di sini dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 1.50 pagi dan sepasukan anggota bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah bergegas ke lokasi.

"Menurut laporan itu, mangsa mendakwa telah mendengar satu bunyi letupan di luar rumahnya. Siasatan menemukan satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah mangsa.

"Turut dijumpai adalah satu serpihan besi dipercayai anak peluru di bahagian ruang tamu rumah," katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan ke arah selain daripada tempat yang dibenarkan.

"Motif atau punca kejadian sedang disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang dibuat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp R Khalpna di talian 03-61262222 atau 012-5018901," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: