Hujan tahap buruk dijangka di Kelantan, Terengganu

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Sabtu.
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan malam Khamis memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Di Terengganu melibatkan Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menjangkakan berlaku hujan berterusan tahap waspada hingga 3 Disember ini membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Pahang melibatkan Daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan, manakala Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman). - Bernama

Artikel Berkaitan: