Kanak-kanak 4 tahun lemas ketika berkelah di pantai

Anggota bomba mengusung mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam kejadian lemas di Pantai Chendering, Kuala Terengganu.
Anggota bomba mengusung mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam kejadian lemas di Pantai Chendering, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama keluarga di Pantai Chendering di sini dalam kejadian pada petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa, Akhar Raif Muhamad Rafie, 4, ditemukan orang awam di lokasi kejadian sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi berkenaan.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.49 petang dan mengerahkan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa telah dinaikkan ke darat. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dibawa ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Menurut Rozizah, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.32 petang.

Sementara itu, Rozizah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti air termasuk di pantai atau sungai ketika musim Monsun Timur Laut.

"Orang ramai diminta lebih peka dengan keadaan cuaca semasa serta mematuhi nasihat pihak berkuasa.

"Sikap cuai dan sambil lewa kita mungkin boleh menyebabkan kehilangan nyawa," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.