Dua terbunuh, 30 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Brazil

Kejadian tanah runtuh pada Isnin itu dicetuskan oleh hujan lebat.
Kejadian tanah runtuh pada Isnin itu dicetuskan oleh hujan lebat.
A
A
A
RIO DE JANEIRO - Tanah runtuh yang berlaku di lebuh raya di selatan Brazil menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 30 lagi hilang, menurut kerajaan wilayah Parana pada lewat Rabu, lapor Xinhua.

Kejadian pada Isnin itu dicetuskan oleh hujan lebat dan turut menimbus 16 kenderaan.

Menurut pihak berkuasa anggota bomba berjaya menyelamatkan enam orang dan menemukan dua mayat namun, jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: