Pemimpin Daesh terbunuh

Kedudukan Daesh dilaporkan semakin goyah sejak akhir-akhir ini. - Foto Agensi
Kedudukan Daesh dilaporkan semakin goyah sejak akhir-akhir ini. - Foto Agensi
A
A
A

DARAA - Kumpulan militan Daesh pada Rabu mengesahkan pemimpin mereka, Abu Hasan al-Hashimi al-Qurashi terbunuh dalam pertempuran, namun tidak menyatakan tarikh kematiannya.

Menerusi mesej audio, jurucakap Daesh turut memaklumkan Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi telah dinamakan sebagai pemimpin baharu mereka.

Kematian Abu Hasan disahkan kira-kira lapan bulan selepas pendahulunya, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi terkorban dalam operasi dilancarkan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Pusat Perintah Tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) memberitahu Abu Hasan maut dalam operasi yang dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di wilayah Daraa di selatan Syria pada Oktober lalu.

"Gugurnya seorang lagi pemimpin militan," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby.

Kira-kira dua bulan lalu, Damsyik mengumumkan ia telah melancarkan operasi bersama untuk memerangi Daesh di selatan wilayah Daraa yang sebahagian besar daripada kawasannya kini dikawal FSA. - AFP

Artikel Berkaitan: